Saturday, December 28, 2013





Selamat tinggal 2013...akan ku mulakan langkah baru ganjaknya usiaku setengah abad..
Ya Allah semuga hidup ku akan lebih bermakna dan bermanafaat sebelum ajal tiba menjemputku..
Izinkan padaku Ya Robbi....akan tempat damai yang menjadi impianku..semuga setelah setengah abad aku harungi hidup ini sendiri tapi bersuami, aku akan bertemu impian yang akan abadi selamanya..
Yaa...puas sudah...sudah puas aku cekal dalam derita hingga insan2 didikan ku semua boleh dikatakan berjaya..aku ingin sekali menggapai damai di hati....
ya..bertapak di sini... bermula di Daerah ini...

2013...aku akan meninggalkan mu dlm seribu kenangan penuh kekalutan yg menenangkan juga mematangkan aku..aku telah berkira-kira bahawa sejarah yg sering berulang...aku harap tidak muncul kembali...dgn hati yg kian retak beribu...aku mahu ketenangan yang telah lama aku rindukan seakan-akan mengharap kekasih lama kembali kesisi....

2014...datanglah bahagia aku menanti sekian lamanya...aku ingin kembali seperti seorang Juliet yang dulu....

Friday, June 10, 2011

selepas June 2011

Aku kehilangan ilham utk masa ini...baru aku cuba igtkan kembali..aahh masa..utk masuk ke blok sendiri pun aku terlupa. Terlanjur ank2ku semua ada di rumah krn bercuti semuanya, lalu aku mengambil kesempatan ini utk bertanya...:)

anak bongsu ku yg bercuti sek hingga 13hb June 2011

Tuesday, February 1, 2011

Rumah Kenangan Ayahku.

Rumah peninggalan arwah ayhku tinggal gambar cuma.


Utk pertama dan terakhir kali kami adik beradik mengemas utk mengosongkan rumah arwah ayh kerana tanah tersebut telah diambil kerajaan utk perojek Tebatan Banjir Rumah ini akan diruntuhkan dan pampasan yg diberi tidaklah seberapa hanyalah RM14K yg tidak pun dpt membeli kembali rumah buruk ini dan kenangan lalu yg teragis dan menjadi sejarah untuk kami adik beradik.

                     Arwah nenekku Minah bte Tahir.                   Arwah ibu tiriku meninggal kerana Kanser   
                                                                                                   Rahim dan menderita selama 3 tahun.

Arwah ibuku meninggal mengejut kerana serangan jantung tiba-tiba. Sembilan hari kemudian arwah ayah pula menjejaki nya. Walau mereka bercerai ketika hidup sekian lama tetapi kematian mereka seolah mati bersama.

25hb Mei 2007 ayh telah meninggalkan kami semua krn menyahut panggilan Ilahi setelah 6 bulan    terlantar akibat "Strok" dan selama itu aku menjaganya bersama ank2 & adik2ku Omar dan Mohd dirumahku di Johor Bahru. Manakala Abu Bakar masih menghuni Rumah Kanak2 Abdul Aziz Melaka. Kakakku Salmah, anaknya Tarmizi dan adikku Ahmad sesekali dtg melawat ayah di rumahku. Manakala adikku Rohana tidak dpt datang krn tidak diizinkan suaminya. Memandangkan dia harus taat pd suami kami semua akur dan memahami keadaan beliau.



Kerinduan

Hari ini selepas solat Magrib sementara menunggu Isyak aku tetiba teringat kpd arwah kedua org tuaku...apa kabar mereka di sana. Aku berdoa agar mereka berbahagia sentiasa di alam abadi. Betapa hidup mereka di dunia yg fana ini tidaklah sebahagia mana pun. Rumahtangga yg dibina runtuh di pertengahan hidup. Kasih sayang ank2 bertempiaran krn kehidupan pun x ketahuan haluan. Aku sbg ank turut terlupa laluan hidup berkeluarga sbnrnya...sbgaimana yg selalu dikatakan keluarga bahagia.
Sedikit cuma yg dpt aku kecapi iaitu sehingga usiaku 10 tahun...ya..di ruangan ini akan ku cuba mencoret kembali kenangan itu..pahit dan manisnya kehidupan sehingga di penghujungnya..."musafir duniawi"

Hari ini tiada apa yg istimewa...hanya mesyuarat di pejabat ku..yg meletakkan nilai2 kpd manusia, krn lalai sering bercakaran.