Tuesday, February 1, 2011

Rumah Kenangan Ayahku.

Rumah peninggalan arwah ayhku tinggal gambar cuma.


Utk pertama dan terakhir kali kami adik beradik mengemas utk mengosongkan rumah arwah ayh kerana tanah tersebut telah diambil kerajaan utk perojek Tebatan Banjir Rumah ini akan diruntuhkan dan pampasan yg diberi tidaklah seberapa hanyalah RM14K yg tidak pun dpt membeli kembali rumah buruk ini dan kenangan lalu yg teragis dan menjadi sejarah untuk kami adik beradik.

                     Arwah nenekku Minah bte Tahir.                   Arwah ibu tiriku meninggal kerana Kanser   
                                                                                                   Rahim dan menderita selama 3 tahun.

Arwah ibuku meninggal mengejut kerana serangan jantung tiba-tiba. Sembilan hari kemudian arwah ayah pula menjejaki nya. Walau mereka bercerai ketika hidup sekian lama tetapi kematian mereka seolah mati bersama.

25hb Mei 2007 ayh telah meninggalkan kami semua krn menyahut panggilan Ilahi setelah 6 bulan    terlantar akibat "Strok" dan selama itu aku menjaganya bersama ank2 & adik2ku Omar dan Mohd dirumahku di Johor Bahru. Manakala Abu Bakar masih menghuni Rumah Kanak2 Abdul Aziz Melaka. Kakakku Salmah, anaknya Tarmizi dan adikku Ahmad sesekali dtg melawat ayah di rumahku. Manakala adikku Rohana tidak dpt datang krn tidak diizinkan suaminya. Memandangkan dia harus taat pd suami kami semua akur dan memahami keadaan beliau.



No comments:

Post a Comment